Hari ini Cikgu Wana nak kongsikan satu cerita ni.Sebelum tu nak tanya, korang kenal tak dengan Sahabat Nabi iaitu Saidina Ali ni? Saidina Ali ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Beliau merupakan khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin, memerintah dari 656 hingga 661 M. (wikipedia). Kisahnya begini…
Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah.
Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik.
Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Saidatina Fatimah memberitahu , sebanyak 25 dirham. Saidina Ali menyuruh pengemis itu datang ke rumahnya sekali lagi. Sesampainya pengemis tersebut ke rumah Saidina Ali, Saidatina Fatimah memberikan baki 25 dirham kepadanya.
Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu bahawa dia dalam kesusahan dan ingin menjual untanya. Tanpa berlengah Saidina Ali menyatakan kesanggupannya untuk membeli unta itu, meskipun ketika itu dia tiada wang. Beliau berjanji akan membayar harga unta itu dalam beberapa hari.
Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjual unta tersebut.
Setelah menerima wang bayaran unta tersebut. Setelah mendapat wang , Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta yang kesusahan dahulu.
BEBERAPA HARI KEMUDIAN, Rasulullah SAW berjumpa Saidina Ali, lalu bertanya
“Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?”
Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.
MORAL & IKTIBAR
- Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
- Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
- Berikanlah bantuan kepada orang yang berada dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa berada dalam kesusahan.
- Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan yang lebih banyak.
Semoga kisah sahabat nabi ini memberi pengajaran kepada kita.
No comments:
Post a Comment