KONSEP
- Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Kepimpinan di sekolah biasanya tertumpu kepada kepimpinan Guru Besar. Tanggungjawab Guru Besar sebagai pemimpin organisasinya amat luas.
- Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang Guru Besar.
- Kepimimpinan Guru besar bermula daripada murid yang bermasalah disiplin hinggalah kepada konflik antara staf dan juga daripada penyelenggaraan prasarana sekolah kepada keselamatan bangunan.
- Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi Guru Besarnya pula seorang yang kurang cekap dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah berkenaan tidak akan menjadi cemerlang. Oleh hal yang demikian, kepimpinan yang cekap memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan.
ASPEK-ASPEK KEPIMPINAN GURU BESAR
- Perancangan: Guru Besar lazimnya menentukan matlamat jangka panjang dan pendek serta kaedah-kaedah mencapainya.
- Pengelolaan: Sebagai pemimpin, Guru Besar perlu memilih gaya kepimpinan yang sesuai untuk mengelola, menyelaraskan sumber-sumber manusia dan bahan. Pengelolaan yang berkesan akan meningkatkan penyempurnaan perancangan dan membantu mencapai matlamat organisasi sekolah.
- Pengarahan: Cara seseorang pentadbir dan pengurus sekolah memberikan tugas dan mempengaruhi kakitangan bawahannyan serta mendapatkan kerjasama bagi melaksanakan tugas mereka.
- Pengawalan: Suatu proses untuk menjamin supaya kegiatan pekerja terarah kepada mencapai matlamat yang ditetapkan.
PERANAN PEMIMPIN DI SEKOLAH
- Pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
- Merancang jadual waktu.
- Menyediakan takwim akademik sekolah.
- Menyelia PdPc.
- Menyemak buku RPH.
- Merancang program sokongan akademik.
- Mengadakan mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran.
CABARAN KEPEMIMPINAN
- Kekurangan guru.
- Guru-guru tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran tertentu.
- Persepsi kebanyakan guru yang tidak tepat mengenai kepimpinan bilik darjah terletak di bahu Guru Besar atau pentadbir sekolah semata-mata.
- Mewujudkan kepimpinan bilik darjah yang berkesan.
#EDU3083
Sumber: Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment